<body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> info







SELAMAT DATANG KE TERATAK INFO





|utama| |info| |sajak| |cerpen| |tazkirah|



Aug 16, 2009
Presiden MCA seret Tiong ke balai isu terima RM10 juta

Presiden MCA seret Tiong ke balai isu terima RM10 juta

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri
Tiong King Sing.

Ong ingin menyamannya jika Tiong tidak menarik balik tuduhan bahawa beliau memberikan RM10 juta untuk aktiviti parti itu tahun lepas.

Menteri Pengangkutan itu menafikan bahawa beliau menerima wang itu.

“Peguam saya telah diarahkan untuk memfailkan satu injunksi menghalang Tiong daripada membuat tuduhan fitnah lagi,” kata beliau pada persidangan akhbar di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya satu laporan telah difailkan di balai polis Cheras hari ini mengenai kenyataan fitnah itu yang disiarkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Peguam beliau akan menghantar surat kepada Tiong untuk memintanya menarik balik tuduhan itu dalam masa tujuh hari atau menghadapi tindakan undang-undang, tegasnya.

Malaysiakini

Posted at 07:53 am by dakkapilah
Make a comment  

Seorang Jaguh Kampung Bernama Khairy…

Seorang Jaguh Kampung Bernama Khairy…

Khairy Jamaluddin adalah jaguh kampung, tidak lebih daripada itu. “Kampung Khairy” terletak di mana sahaja, asalkan beliau dapat berucap secara berapi-api, biarpun tanpa hujah bernas atau benar. Tidak apa jika jumlah penontonnya sedikit.

Yang penting, media arus perdana suruhan Umno-BN, harus hadir untuk menelan apa saja yang diluahkan oleh Khairy bagi “dimuntahkan” semula keesokan hari  dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3.

Di “Kampung Khairy”, tidak boleh ada perbahasan terbuka mengenai isu-isu bersabit rasuah dan kepentingan rakyat. Kerana isu-isu seperti itu akan menegakkan kebenaran dan mendedahkan siapa Khairy sebenarnya.

Hakikatnya ialah Khairy bukan sahaja pengkhianat kepada kebenaran tetapi beliau juga pengecut yang menarik diri dari perbahasan dengan Ketua Pemuda PAS atas topik yang amat penting: Rasuah dan masa depan Malaysia- di mana peranan pemimpin muda politik?

Setelah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Pemuda PAS atas topik yang relevan kepada kelangsungan kaum Melayu dan Islam, Khairy tiba-tiba menarik diri tanpa alasan bernas.

Namun, tidak ramai yang terkejut dengan tindakan itu.  Sememangnya tidak banyak yang boleh diharapkan daripada Khairy bersabit isu rasuah.

Khairy sendiri didapati bersalah atas amalan politik wang oleh Lembaga Displin Umno pada pemilihan parti yang lalu. Yang lebih menjengkelkan ialah beliau dibenarkan bertanding dan menang, setelah menewaskan seorang lagi calon “bersih” Khir Toyo. Itulah tahap kepemimpinan dalam Pemuda Umno dan politik yang dibawa oleh parti mereka.

Setelah “lari” seperti cacing kepanasan apabila dicabar untuk berdepan dengan Pemuda PAS, apakah yang dilakukan oleh Khairy untuk menutup malunya: Beliau bertandang ke Shah Alam malam tadi untuk mencaci  PAS dan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Beliau membawa segerombolan konco-konconya untuk memaki hamun Anwar dan PAS. Malah Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali berkata politik PAS mungkin berkesudahan dengan “babi dijual secara terbuka di Shah Alam.”

Inilah contoh politik murahan yang dibawa oleh Pemuda Umno kononnya untuk menyatukan orang Melayu. Ini “mesej harapan” yang dijaja oleh Khairy dan Pemuda Umno kepada orang Melayu atas nama mempertahankan kesucian Islam.

Pada ceramah malam tadi, Khairy sendiri membuat pelbagai tuduhan melulu dan fitnah terhadap Anwar. Malah kain rentang dengan kata-kata kesat dan biadap anti Anwar dipaparkan untuk ditanda-tangani oleh Khairy dan konco-konconya.

Serangan peribadi tanpa batas ini hanya disaksikan oleh kira-kira 300 orang, sebilangan besarnya ahli Pemuda Umno sendiri. Hanya beberapa kerat sahaja merangkumi penduduk setempat di Seksyen 6 Shah Alam. Mereka tentunya menggeleng kepala melihat celoteh Khairy dan budak-budak suruhannya.

Segala sandiwara Pemuda Umno ini tidak membawa apa-apa makna. Khairy telah lama hilang kewibawaannya apabila disabit atas kesalahan rasuah politik oleh partinya sendiri. Beliau hilang kredibiliti sama sekali apabila tidak menepati janjinya untuk berbahas dengan kepemimpinan Pemuda PAS dalam usaha membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Sebaliknya, Khairy lebih ghairah meraih sokongan Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dengan menganjurkan ceramah-ceramah untuk membidas dan menfitnah PAS serta Anwar.

Ini untuk menguatkan “saham”nya dengan Muhyiddin sebagai taktik untuk mengimbangi pengaruh kuat Hishamuddin Tun Hussein ke atas Perdana Menteri Najib Razak. Itu pertimbangan utama dalam segala rencana politik Khairy. Bukan sukar untuk membacanya.

Namun, politik fitnah sehingga menyerang keperibadian pemimpin seperti Anwar dan Nik Aziz yang dibawa Muhyiddin dan dijaja oleh Khairy sudah lama ditolak orang Melayu dan rakyat amnya.

Buktinya terserlah pada pilihanraya umum 2008 dan pada enam pilihanraya kecil di Semenanjung di mana Umno-BN tewas pada kesemua pemilihan itu. Dan ia akan terserlah sekali lagi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pengecut dan jaguh kampung yang angkuh tidak mungkin menyedari hakikat ini. Khairy Jamaluddin adalah kedua-duanya sekali.

Tvantara

Posted at 07:52 am by dakkapilah
Make a comment  

Aug 1, 2009
perawatan kulit muka

Perawatan Kulit Pagi dan Malam Hari

 

Perawatan kulit sangatlah penting untuk dilakukan khususnya saat pagi dan malam hari. Mengapa demikian? Karena enzim-enzim di dalam tubuh menjadi aktif di saat tubuh kita banyak bergerak di pagi dan siang hari. Kulit pun bisa mengalami stres karena cuaca dan lingkungan, yang bisa menyebabkan penuaan kulit.

Sementara pada malam hari tepatnya dari tengah malam hingga jam enam pagi, kulit melewati sistem pembaruan yang sangat penting. Beberapa hal di bawah ini bisa Anda lakukan untuk menjaga kulit agar tetap cantik.
Perawatan Pagi Hari:
* Jangan lupa mandi pagi untuk menyegarkan kulit, tubuh dan pikiran.
* Oleskan krim pelembap kulit dan pijatlah secara lembut selama 2-3 menit untuk melancarkan peredaran darah.
* Bila sering beraktivitas di luar, sebaiknya memakai krim yang mengandung tabir surya.
* Gunakanlah masker selama 10-15 menit untuk membuat wajah lebih segar.
* Tempelkan sendok berbahan metal yang telah didinginkan di kulkas untuk mengurangi mata yang sembab.
* Minumlah air atau teh hangat untuk menjaga metabolisme tubuh.
Perawatan Malam Hari:
* Jangan lupa untuk membersihkan riasan sebelum tidur.
* Gunakan krim malam untuk membantu perbaikan kulit, karena di malam hari inilah kulit cepat menyerap nutrisi, dan jangan lupa untuk memijat wajah Anda untuk kembali melancarkan peredaran darah dan membuang racun.
* Tidur 6-8 jam tiap malam.
* Saat beraktivitas di siang hari, kurangi makanan yang mengandung garam, karena garam mengikat air dan dapat membuat wajah Anda terlihat kusam saat bangun tidur

Posted at 09:35 am by dakkapilah
Make a comment  

Jun 13, 2009
Kena sihir bukan mustahil

GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan.

Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan.

Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan.

"Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net.

Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu bagaimanapun boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam, seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.

Menurutnya, seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab.

Beliau menjelaskan, antara ayat yang wajar dibaca bagi mengelak gangguan itu ialah ayat Kursi, surah an-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas, malah boleh juga diazankan ke telinga orang yang terkena gangguan.

"Kalau azan tidak menjadi juga, pergilah jumpa orang yang selayaknya," katanya, sambil menjelaskan, beliau selalunya membaca ayat ruqyah (pendinding) untuk merawat dan mengubati pesakit yang terkena gangguan terbabit.

"Mungkin selepas baca dia akan sejuk, panas, meraung atau tidak berasa apa-apa, mungkin ada makhluk itu menonjol keluar, maka sahlah dia ada penyakit gangguan.

"Orang yang alami gangguan ini juga biasa diganggu dalam tidur, mimpi yang buruk, umpamanya mimpi dikejar makhluk yang tidak pernah dilihat, mimpi jatuh bangunan tinggi atau mimpi dipatuk ular.

"Tandanya diganggu syaitan atau jin. Kena cepat cegah awal supaya dapat mengelakkannya beranak pinak, tetapi janganlah jumpa bomoh tidak sepatutnya," katanya.

Posted at 06:44 am by dakkapilah
Make a comment  

Orang bukan Islam wajar meletak harapan sebenar pada PAS

Ada semacam kesilapan atau salah faham sesetengah pihak terutama bukan Islam terhadap PAS. Antara mereka dalam mengalu-alukan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi besar dan berpengaruh serta mampu mengalahkan UMNO, tetapi pada waktu sama mengharapkan ia menjadi parti yang sentiasa memenuhi aspirasi mereka.



Maknanya, mereka memandang PAS bukan sebagai sebuah parti yang mempunyai fahaman sendiri tetapi adalah sebuah wadah yang bereksan untuk memenuhi kehendak mereka. Mereka memandangkan bahawa oleh kerana PAS bergantung undi mereka, maka wajar parti itu memenuhi kehendak mereka.

   

Di sinilah berlaku harapan salah. Sedangkan apa yang patut berlaku adalah keseimbangan dan suasana menang-menang bagi kedua belah pihak. Itulah sepatutnya keadaan yang patut berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat. Kesediaan PAS menyertai Pakatan Rakyat bukan saja strategikal tetapi ideologikal. PAS adalah parti inklusif yang berjuang untuk Islam, dan selanjutnya untuk kesejahteraan untuk semua. Itulah yang terkandung dalam konsep PAS Untuk Semua.

    

Tetapi penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bukanlah berbentuk stretagikal semata-mata untuk emndapatkan undi bukan Islam bagi mencapai sita-cita secara terhjad. Tetapi cita-cita menyeluruh PAS adalah bersifat universal dan inklusif, bukan untuk orang Islam semata-mata.

    

Pertamanya, kefahaman mengenai Islam adalah penting bagi semua rakyat Malaysia . Barulah mereka dapat faham mengenai PAS. Begitu juga kesedaran bahawa kefahaman tidaklah bererti penerimaan. PAS tidak memaksa mereka menerima Islam dan fahaman PAS. Apa yang diperlukan ialah kerjasama dalam perkara-perkara yang dapat dipersetuju. Itulah asas Pakatan Rakyat, dan itu juga adalah kehendak Islam.

    

Adalah suatu perkara yang silap apabila terdapat pihak bukan Islam yang mengharapkan PAS akan memenuhi tuntutan mereka di mana apa yang dituntut itu telah tidak diperoleh daripada Barisan Nasional. Ia seolah-olah mahu menjadikan PAS pengganti kepada UMNO bagi mencapai agenda yang tidak wajar. Namun begitu, terdapat juga agenda mereka yang adil dan serupa dengan PAS, maka perkara itu tidak ada masalah.

   

Dalam keadaan ini, kerjasama yang berkesan ini baru, maka sudah tentu terdapat usaha untuk saling faham-memahami. Dalam keadaan ini, wajar ada toleransi dan kompromi sehinggalah keadaan lebih kukuh dan lancer. Usaha persefahaman antara bukan Islam dan PAS sudah berlangsung lama tetapi baru 8 Mac tahun lalu dapat dilihat keberkesanannya ekoran kemenangan dalam pilihan raya.

Untuk memahami keadaan ini, cuba lihat entity yang sedang ditangani oleh PAS. Di satu pihak ialah PAS. Sementara di pihak satu lagi ialah orang Islam bukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini terdiri daripada anggota Keadilan secara umumnya.  Di satu pihak lain pula ialah bukan Islam, yang terdiri daripada anggota DAP dan Keadilan.

Dari segi aspirasi keagamaan, pihak DAP dan bukan islam dalam keadilan walaupun terdapat perbezaan ettapi asasnya adalah serupa. Mereka mahukan negara liberal, demokratik dan sosialistik. Sementara PAS dan orang Islam Keadilan walaupun mempunyai perbezaan dari segi kefahaman politik tetapi pada satu-satu peri9ngkat mempunyai asas yang sama iaitu dari segi agama.

Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini secara umumnya mahukan keadilan dari layanan daripada kerajaan. Kalau boleh mereka mahu supaya tidaka da kuota atau diskriminasi kaum. Dari segi Islam dan fahaman keadilan yang dipegang oleh PAS dan Keadilan, asas ini dipersetujui oleh PAS.

Peluang pendidikan dan perniagaan harus terbuka dan saksama tanpa mengira kaum. Tetapi satu hakikat yang tidak dapat ditolak olegh sesiapa di negara ini, apa yang disebut sebagai meritokrasi dan diperjuangkan oleh DAP dan orang bukan Islam dalam Keadilan adakan akhirnya memberi kelebihan kepada bukan Islam mengatasi orang Islam.

    

Tidak perlu berkira-kira, sudah tentu universiti-universiti yang tempatnya terhad akan dikuasai oleh orang bukan Islam. Apatah lagi dalam bidang pendidikan. Ini adalah meritokrasi yang sudah tentu memihak kepada bukan Islam. Sebagai orang Melayu, pendokong PAS dan Keadilan tentu faham perkara ini, dan mereka tentunya mahukan sistem yang turut memberi peluang setara kepada orang Islam.

Buat masa ini, mereka mungkin lihat apa yang dilakukan oleh UMNO sebagai korupsi dan penyelewengan hinggakan berlaku ketirisan dan orang Islam yang layak dibela ketinggalan. Sememangnya orang Melayu secara umumnya sedar program bagi membela orang Islam dari segi pendidikan dan perniagaan masih perlu. Tetapi cara UMNO pula dilihat sebagai telah gagal kerana ketirisan.

Maka apa yang diperlukan ialah kerajaan yang bersih. Inilah platform PAS yang disokong bukan saja oleh orang islam tetapi bukan Islam. Tetapi masalah meritokrasi masih menjadi isu yang tentunya belum dapat penyelesaian. Akhirnya perlu ada kompromin dalam Pakatan Rakyat di mana pada waktu sama meritokrasi diamlkan, ettapi pada waktu lain umat Islam tidak terpinggir akibat lemah dalam pelajaran dan perniagaan. Apa yang pasti ketuanan Melayu tiada tempat dalam Pakatan Rakyat.

nnn

Posted at 06:38 am by dakkapilah
Make a comment  

Islam memimpin perubahan untuk semua

Tidak syak lagi perkara pokok yang menunjangi Ucapan Dasar Presiden PAS saban tahun saling tali-menali dan berhubung kait antara satu sama lain. Kesinambungan antara mereka bukan setakat beberapa perkataan termuat dalam tema ucapan-ucapan tersebut. Ia malah menguasai kerangka utama yang mendasari penghuraian setiap sudut ucapan itu.



Bagi mana-mana organisasi pun, tema ucapan dasar ketuanya akan kekal menjadi slogan atau moto tahunan organisasi terbabit. Menjadi kelaziman bagi PAS, tema itu akan dimunaqasyah, diperhalusi dan dihadamkan ke segenap peringkat organisasi parti dalam masa terdekat.

 

Tahun ini PAS memilih ungkapan “Islam Memimpin Perubahan” sebagai tema ucapan dasar Presidennya. Bagai disebutkan, isi utama keseluruhannya adalah penegasan semula dan peneguhan kepada siri ucapan-ucapan terdahulu, selain penambahbaikan di beberapa sudut dan penyesuaiannya dengan konteks semasa.

 

Kesinambungannya dengan ucapan dasar sebelum ini agak ketara. Paling terserlah ialah kemiripannya dengan dua ucapan dasar yang mengutarakan tema dan intipati perbahasan berkisar tajuk serupa.

“Islam Memimpin Perubahan” dilihat sebagai menyimpulkan gagasan yang telah dilontarkan PAS lebih awal, iaitu “PAS Memimpin Perpaduan” dan “PAS Untuk Semua”.

“PAS Memimpin Perpaduan” adalah tema ucapan dasar bagi Muktamar PAS ke-46, 2000. Ia antara buah fikir terbaik pernah dirakamkan bekas Presiden, Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor.

“PAS Untuk Semua” pula tema ucapan dasar muktamar ke-54 tahun laluoleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kedua-dua ucapan tersebut dilontarkan dalam keadaan PAS baru mengecapi kejayaan memberangsangkan dalam pilihan raya umum, masing-masing pada 1999 dan 2008.

 

Tema tahun 2000 itu diutarakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Kemenangan memberangsangkan diperolehi PAS di serata negara, termasuk berjaya memerintah Terengganu menjadi aspirasi bagi parti itu menekankan peranannya sebagai pemimpin perpaduan di kalangan rakyat.

Apatah lagi ketika itu Umno selaku parti tunjang pemerintahan negara sekali lagi terbelah dua ekoran pemecatan dan kezalimannya terhadap bekas pemimpin nombor dua parti itu. Maka, dalam keadaan isu perpecahan mengungguli bual bicara massa, tema perpaduan amat tepat diperkatakan.

Dalam keadaan kewibawaan Umno sebagai penyatu rakyat dipertikaikan, kesempatan menonjolkan PAS selaku pemimpin perpaduan amat kena pada tempatnya. Apatah lagi kemenangan bergaya PAS di Terengganu, selain kejayaan menguasai sepertiga kerusi negeri di Kedah serta sebilangan membanggakan di Selangor, Perak dan Pahang, dilihat sebagai hasil langsung kemuakan rakyat terhadap Umno. Ia bagaikan isyarat betapa rakyat menaruh kepercayaan tinggi terhadap PAS sebagai alternatif memimpin perpaduan mereka.

 

Realiti serupa melatari kedatangan “PAS Untuk Semua” tahun lalu. Ia dibentangkan kepada rakyat di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Premis milik kerajaan negeri itu dimungkinkan untuk kegunaan PAS apabila kerajaan negeri berjaya ditakluki Pakatan Rakyat lewat pilihan raya sebelumnya.

 

Kejayaan PAS itu banyak dikaitkan dengan penerimaan rakyat, terutama pengundi bukan Islam terhadap parti itu, selain faktor kemuakan rakyat yang tidak terbendung terhadap Barisan Nasional (BN). Maka, hakikat utama di situ ialah PAS telah diterima sebagai parti untuk semua kaum dan agama.

Benteng prejudis dan persepsi negatif yang memisahkan PAS dari pengundi bukan Islam selama ini telah berjaya diruntuhkan. Hakikat itu memberikan aspirasi melahirkan tema “PAS Untuk Semua”. PAS bukan lagi parti eksklusif untuk kaum Melayu atau Islam sahaja.

 

Ada pun Islam sebagai dasar perjuangan PAS sudah dimaklumi semua pihak. Maka apabila dikatakan “PAS Memimpin Perpaduan” dan “PAS Untuk Semua”, secara tersurat mahu pun tersirat sudah dapat dimengertikan ia turut membawa maksud bahawa yang menunjangi usaha memimpin perpaduan itu ialah Islam.

Apabila Islam menjadi tunjang, maka kesyumulan dan kesejagatan dimilikinya memungkinkan ia menjadi penaung untuk semua rakyat, tanpa mengira batasan kaum atau pun agama. Ertinya, Islam yang dibawa PAS adalah untuk memimpin perpaduan untuk semua rakyat.

 

Setelah kedua-dua tema yang saling berkait itu dihadamkan, dan Islam sudah diterima sebagai asas perpaduan semua, maka langkah seterusnya ialah merencanakan perubahan. Sekali lagi, bertolak daripada premis kemuakan rakyat terhadap BN, beserta kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PAS, maka tiba masanya Islam ditawarkan sebagai asas kepada perubahan.

 

“Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma’aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat,” demikian ditegaskan Presiden PAS lewat “Islam Memimpin Perubahan”.

 

Tawaran ini sahlaku buat selama-lamanya. Paling tidak pun ia menjadi sasaran jangka pendek bagi PAS menerajui negara selepas pilihan raya umum akan datang.

 

“PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah,” tegas Presiden lagi

Posted at 06:33 am by dakkapilah
Make a comment  

Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Suatu perkara yang malang berlaku lagi di Negeri Perak apabila rakyat nya dan seluruh rakyat termasuk pengamal undang-undang "diperbodohkan" dengan pencabulan terhadap hak Speaker bagi sebuah kerajaan negeri khasnya di Perak.

Sebagai seorang ADUN Perak saya memahami dengan jelas kuasa Speaker yang terkandung dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sesuatu yang mutlak dan tidak boleh ditafsirkan oleh pihak lain melainkan Speaker. Namun zaman telah berubah bila UBN telah "merobek-robek" situasi berkenaan menjadi seperti sekarang demi kuasa yang telah hilang untuk dikembalikan.



Perintah Tetap 89 menjelaskan : "Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini".

Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.

Seperti kata Dr. Aziz Bari bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Namun kelmarin diedarkan keputusan hakin "coklat Hacks" yang saya sertakan dibawah untuk perhatian kepada pencinta keadilan:

Sivakumar tidak ada kuasa gantung Zambry dan enam Exco Perak

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukan di bawah perlembagaan negeri, demkian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini.

Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, berkata Parkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN.

Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan bagi Zambry dan 12 bulan bagi ahli exco itu dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, katanya.

"Kuasa menangani isu menghina, yang tidak diperuntukan dalam Perintah Tetap DUN, bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengan itu," kata Augustine dalam penghakiman 64 muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh hari ini.

"Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar persidangan DUN," katanya.

Pada 16 April lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam anggota exco Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.

Pada 2 Mac lepas, Zambry dan anggota exco berkenaan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam exco berkenaan kerana didakwa melantik seorang ahli exco bertentangan dengan undang-undang dan tindakan menghina itu telah memalukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak.

Mereka turut didakwa menghalang barisan exco Mohamad Nizar daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Negeri Perak.

Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: "Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina.

"Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan itu tidak boleh diletakkan di bawah bidang Perintah Tetap 72.

"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu," kata Augustine.

Zambry dan enam anggota exco itu diwakili oleh peguam utama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Sulaiman Abdullah bertindak bagi Sivakumar. BERNAMA

Posted at 06:31 am by dakkapilah
Make a comment  

Isu “SIS”: Penghinaan hampir serupa Dr. M dan DS Najib perlu disiasat.

Berdasarkan perkembangan semasa, kronologi kenyataan "Sisters In Islam" (SIS) semakin mendapat perhatian masyarakat. Isu yang paling diingati ialah isu anti aurat wanita / tudung pada sekitar tahun 1997. 

SIS telah mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja bercanggah malah menghina syariat Islam sebelum ini. Rujuk artikel sebelum ini  (klik di sini).  

Bagaimana pula dengan ucapan ketua negara seperti Tun Dr. M yang telah didakwa menyatakan "“Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”. - Rujukan; Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. Bagaimana dengan ucapan DS Najib sebelum ini yang masih dianggap betul oleh sebahagian masyarakat?

Selaku negarawan terbilang, kenyataan dan pandangannya akan menjadi rujukan kepada masyarakat khususnya minoriti Non-muslim yang belum terdedah dengan hakikat sebenar ajaran Islam. Oleh yang demikian,  suatu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran dan menyelidik dengan bukti yang kukuh pernyataan dan perlakuan yang didakwa pernah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir semasa menjawat jawatan PM dan DS Najib sebelum ini :

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad

  • Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) - "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 - Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun dikatakan mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 - “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Allahyarham Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 - “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
  • Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"
  • Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor -  "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti."
  • Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan - "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 - “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 - "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik"

 

Kenyataan DS Najib Tun Razak

  • Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan:  "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan."
  • Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

 

Perlakuan DS Najib Tun Razak didakwa bertentangan ajaran Islam

  • Dakwaan Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo atas perlakuan bertentangan dengan ajaran Islam. Rujuk akuan bersumpah berikut :(klik di sini akuan 1, akuan 2)

Sebagai rakyat dan warganegara sah negara ini, kita merayu pihak Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan meneliti dakwaan di atas kerana ia tersebar luas di media eletronik yang boleh menjatuhkan maruah kepimpinan negara. 

Sekiranya terbukti kebenaran dan kesahihan maklumat di atas dari sudut undang-undang yang termaktub di negara ini, tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi menghindar tindakan dan kenyataan serupa berulang dan akan mengelirukan masyarakat atas dasar pandangan mereka yang diterima pakai sebagai pandangan awam dan dasar bagi sesebuah kerajaan yang sedang memerintah.

Posted at 06:28 am by dakkapilah
Make a comment  

Apr 15, 2008
besh ni mai kita belajar

Buat sementara ini, cuba fikirkan, bagaimanakah DISHWASH atau Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk ada yang dijual di pasaran itu harganya di bawah RM3.00 bagi misalnya dalam botol 3 liter, sedangkan yang berjenama dijual dengan harga antara RM3.50 ke RM3.90 bagi 1 liter?

Jawapannnya ialah DISHWASH yang murah itu kebanyakannya menggunakan Caustic Soda, iaitu Sodium Hydroxide sebagai bahan yang murah harganya. Bahan bagi preservatifnya pula ialah Formalin..... Formalin ini juga murah, tetapi ia adalah racun, dan juga digunakan dulu sebagai bahan untuk mengawet mayat manusia, serta jika kita semasa di sekolah dulu, ada melihat haiwan-haiwan seperti ular, katak, arnab diawet terendam dalam botol kaca di Makmal Sains.. semua itu adalah direndam dengan larutan Formalin tersebut.

Sekiranya anda ingin menghasilkan DISHWASH grade murah itu, sebolah-bolehnya tak usahlah gunakan Formalin sebagai preservatif. Di bawah ini adalah formula untuk menghasilkannya:

PENCUCI PINGGAN MANGKUK JENIS PEKAT GRED RENDAH)
(LOW GRADE LIQUID DISHWASH)


Bahan A:
60 liter Air Bersih
5 kg Caustic Soda(Sodium Hydroxode flakes)
Larutkan 5 kg Caustic Soda itu dengan 60 liter Air Bersih untuk menghasilkan Larutan Caustic Soda. Awas, tindakbalasnya iaitu air menjadi membusa menggelegak amat panas yang boleh melecurkan kulit jika terkena percik, dan gas/asapnya jangan dihidu dan jangan masuk ke dalam mata.

Bahan B:
200 liter Air Bersih
10 kg SLES atau N70 bancuh hingga larut
101 g Sodium Benzoate sebagai preservatif.
2 kg LABS (Linear Alkylnebenzene Sulphonate)
Kacau satu persatu bahan hingga larut ke dalam 200 liter Air bersih itu.

Bahan C:
Pewangi, iaitu Lemon Lime Oil (mengikut keperluan) dan PG (Propylene Glycol). Bancuh 1 bhg Lemon Lime Oil dengan 2 bgh PG kemudian tuang ke dalam adunan, dan dikacau sebati.
[Lemon Lime Oil berharuman bau limau itu ia adalah jenis minyak. Untuk dapat ia bersatu dengan Air, itu sebabnya ia perlu dibancuh dengan PG. Jika tidak dibancuh dengan PG maka produk akan menjadi keruh, iaitu tidak jernih dan minyak Lemon Lime Oil pula terapung di permukaan atas produk. Walau bagaimana pun jika ada Esen Lemon Lime haruman bau limau jenis Air, tidak perlulah gunakan PG itu.].

Tuang 4 liter Larutan Caustic Soda (Bahan A) ke dalam adunan dan kacau sebati. Kemudian masukkanlah Pewangi (Bahan C), kacau sebati.
[Baki 56 liter Larutan Caustic Soda ini digunakan untuk menghasilkan 200 liter lagi DISHWASH seterusnya.]

Bahan D:
Pewarna .. Hijau atau Kuning... hendaklah jenis alkali, iaitu jenis pewarna yang digunakan dalam Syampu Rambut (Syampoo Green/Yelow Colour); bukan jenis pewarna makanan. Bancuh Serbuk Pewarna itu dengan sedikit air dan masukkan ke dalam adunan mengikut keperluan. Kacau sebati.

Bahan E: CDE sebagai Bahan Pemekat.
Penggunaannya adalah mengikut keperluan sendiri, setakat mana produk ingin dipekatkan. DISHWASH jenis murah yang dipasaran itu cair saja, iaitu tidak begitu pekat adalah kerana kurang CDE digunakan. Bagi mengurangkan kos, penggunaan CDE dikurangkan tetapi masukkan Garam Biasa (Sodium Chloride) sebagai pemangkin kepekatan, agar produk jadi pekat. Tetapi awas, jika berlebihan Garam Biasa digunakan, produk yang sudah hampir pekat oleh CDE itu akan turun menjadi cair semula.
[Kalau produk cair semula, kenalah dipekatkan dengan CDE lagi... ini akan meningkatkan kos pengeluaran. Tetapi, ada bahan lain yang boleh digunakan iaitu CMC (Carbomethylcellulose) sebbagai bahan pemekat.... CMC ini dikembangkan dengan Air Bersih terlebih dahulu dan diblender supaya ia menjadi seperti Gel, dan masukkan ke dalam adunan, dan adunan kenalah diputar dengan mesin mixer supaya Gel CMC itu larut dalam adunan dan akan memekatkan produk. Kelemahan CMC sebagai pemekat ialah ia menjadikan DISHWASH itu apabila digunakan membasuh pinggan mangkuk, pengguna akan terasa seperti berlendir.

Nota:
Caustic Soda ialah Sodium Hydroxide (flakes). Ia adalah bahan kimia yang bahaya. Ada syraikat yang menjualnya memerlukan pembeli menunjukkan permit. Apabila ia terkena Air, ia berindak balas, iaitu menjadi panas dan bahaya. Sewaktu memabncuhkan dengan Air, kenalah berhati-hati sebab Air akan membuasa dan menggelegak dan adunan menjadi panas, jika terkena kulit anggota badan, boleh melecurkan kulit. Ia juga mengeluarkan seperti gas, asap, apabila bertindak balas dengan Air dan mengeluarkan asap/gas yang jika masuk ke dalam mata boleh merosakkan mata, dan jika asapnya terhidu, ia boleh merosakkan paru-paru. Larutan Caustic Soda inilah juga yang dijual yang digunakan untuk mencuci longkang atau singki yang tersumbat itu.

Sekian. Wasalam.

Ini dia cara membuat TYRE SHINE

PENGILAT TAYAR
(Tyre Shine)

Bahan:
Periuk A:
500 ml Air Bersih
30 g Triethanolamine (TEAO)
½ sudu teh Methyl Paraben

Periuk B
100 ml Mineral Oil (White Oil)
5 g Cetyl Alcohol
1 g Beeswax
10 g GMS (Glyceryl Monostreate)
30 ml Silicon Oil
½ sudu teh Prophyl Paraben

Bahan Tambahan: Pewangi. (mengikut keperluan)

Cara Memproses:

1. Panaskan dan dikacau adunan dalam Periuk A sehingga mengeluarkan wap (bukan mendidih).

2. Setelah adunan dalam Periuk A mengeluarkan wap, tutup api, dan panaskan pula adunan dalam Peruik B, dikacau sehingga aduanan menjadi minyak jernih. Perlahankan api.

3. Dengan perlahan-lahan, tuang adunan dari Periuk B ( ¾bahagian) ke dalam adunan di dalam Periuk A, dan di kacau laju-laju atau menggunakan mixer, sehingga adunan menjadi berwarna putih dan pekat. Tutup api.
[Ambil satu camca teh adunan dan kacau di dalam priring sehingga ia sejuk. Jika terlalu pekat, tuang lagi adunan dari Periuk B ke dalam di dalam Periuk A, kacau laju-laju atau gunakan mixer.]

4. Tuang adunan ke dalam besen, dan terus kacau laju-laju, atau mengunakan mixer dan masukkan Pewangi; kacau sehingga adunan menjadi krim cair.

Nota:
1. Kepekatan krim bergantung kepada amaun penggunaan GMS yang amaunnya boleh diubah-suai mengikut keperluan.
2. Beeswax (Lilin lebah) - Jika tidak ada beeswax, produk masih boleh dihasilkan. Kegunaan beeswax ialah untuk melekatkan tyre shine kepada tayar kereta.
3. Silicon Oil - adalah yang menyebabkan tayar itu berkilat. Jika mahu lebih kilat-bersinarnya lebihkanlah penggunaannya.
4. Periuk-periuk yang digunakan eloklah jenis stainless steel. Sebagai permulaan teko stainless steel pun boleh digunakan.

Kat mana nak dapatkan bahan-bahan tu? Nak tahu e-mail saya berilah tahu di bandar manakah anda tinggal berhampiran atau berada.

Wasalam.

AIR TERAPI RAMPA
UNTUK RAWATAN SEMUA MASALAH KESIHATAN


P. A. RAMLI

1. Air Terapi Pelbagai Guna

Peralatan:
1 Mangkuk siramik berwarna putih
3 botol air mineral.
Cara Membuat:
1. Masukkan garam kasar sebanyak 1/3 mangkuk siramik itu ke dalam mangkuk.
2. Tuang air mineral ke dalam mangkuk siramik yg mengandungi garam sehingga
hampir memenuhi mangkuk siramik itu.
3. Bahawa mangkuk yang telah berisi garam dan air itu ke luar rumah dan
dedahkan adunan ke cahaya matahari di luar rumah dari jam 7.00 pagi hingga
sampai selepas masuk waktu Asar.
4. Tuang adunan (air dan garam) itu ke dalam sebiji baldi dan tambah lagi
sebanyak 3 botol air mineral dan dikacau sehingga semua garam larut.
5. Penuhkan adunan air garam dari dalam baldi itu ke dalam 3 botol air mineral
yang kosong tadi.

Cara Penggunaan:
1. Selepas pesakit mandi biasa, mandikan pula dengan habis botol Air Terapi itu
bagi sekali mandi dengan meratai seluruh badan. Ini bererti jika
mandi pagi, gunakan sebotol, lepas itu apabila mandi tengah hari, gunakan
sebotol lagi, dan mandi sebelum maghrib pula, gunakan sebotol yang terakhir.

2. Jika pesakit tidak boleh mandi, gunakan sebotol air untuk disapukan kepada
bahagian-bahagian anggota wuduk sehingga habis sebotol. Ini kena dibuat
3 kali juga, misalnya waktu pagi sebotol, waktu tengah hari sebotol dan waktu
nak maghrib sebotol. Jika rajin, buatlah air terapi setiap hari supaya pesakit
setiap hari boleh mandi dengan air terapi sehingga sembuh, insyaAllah.

2. Air Terapi Istimewa

1. Sediakan Air Terapi seperti di atas sebanyak 3 botol.
2. Sediakan satu botol mangkuk seramik putih.
3. Setiap hari (selama 7 hari), ambil sedikit air dari setiap botol Air
Terapi itu dan tuangkan ke dalam mangkuk putih itu (iaitu gabungkan air terapi
dari ketiga-tiga botol itu); dan dedahkan kepada cahaya matahari dari jam 7.00
pagi sehingga selepas masuk waktu solat Asar.

Jika mulakan pada hari Isnin, diikuti pada hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan berakhir pada hari Ahad.. Ini bermakna anda telah mendapat khasiat air terapi dari sinaran matahari selama 7 hari, iaitu dari gabungan air dari 3 botol tadi. Air yang masih ada bakinya di dalam ketiga-tiga botol tadi hendaklah digabungkan dalam satu baldi, kemudian digabungkang pula dengan air yang ada dalam mangkuk itu, kemudian diisi semula ke dalam ketiga-tiga botol tersebut. Mandikan pesakit atau diri sendiri setiap kali mandi, habiskan hanya sebotol air sahaja bagi sekali mandi.
Kegunaan air terapi ini adalah istimewa disebabkan ia menggabungkan keistimewaan sinar matahari yang ada pada setiap hari yang selama 7 hari itu. Ini adalah kerana kita tidak tahu pada hari apakah turunnya ubat penawar bagi penyakit tertentu.

3. Air Terapi Khasiat Untuk Awet Muda

Kaedah penghasilannya adalah sama seperti di atas, cuma ke dalam mangkuk air garam itu hendaklah dimasukkan 7 kuntum bunga yang berlainan jenisnya.

4. Air Terapi Khasiat bulan Ramadhan

Sediakan adunan dalam mangkuk siramik seperti membuat adunan Air Terapi Pelbagai Guna seperti di atas. Masukkan beberapa kuntum bunga orkid dan dedahkan di luar rumah apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar supaya ia terdedah ke langit, iaitu pada:
1. malam 1hb Ramdhan
2. malam 15hb Ramadhan, dan
3. malam 10 Ramadhan yang terakhir.

Sekian.

Siapa suka MAYONISE?

Di bawah ini adalah resipi bagaimana cara hendak membuat
MAYONISE

Bahan:
2 biji telor
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah (jika perlu)
½ sudu teh gula atau mengikut keperluan
¼ sudu the tepung mustard atau tepung jagung
2 sudu camca cuka atau mengikut keperluan
2 cawan minyak masak.

Cara Membuat:
Putar dengan blender semua bahan kecuali minyak masak sehingga adunan menjadi pekat, dan apabila sudah pekat tuang minyak masak sedikit demi sedikit sambil adunan terus diputar sehingga pekat.

Wasalam.

KRIM UNTUK URUTAN
(Massage Cream)


Bahan: A. (Untuk Periuk A Bhg. Minyak)
5 g Stearic acid
100 ml Paraffin Oil
5 g Cetyl Alcohol
1g Prophyl paraben
10 g GMS (Glyceryl Monostreate)

Bahan: B. (Untuk Periuk A Bhg. Air)
20 ml Glycerine
10 ml Sorbitol
20 ml Triethanolamine (TEOA)
280 ml Air Suling (Distilled Water)
Methyl paraben

Bahan: C.
30 ml Methyl Salicylate ,
15g Menthol Crystals
15ml Eucaplytus Oil
5g Camphor

Cara Membuat:
1. Dalam satu gelas, bancuh Bahan C hingga semua bahan menjadi larut.

2. Panaskan semua bahan di dalam Periuk B, sambil dikacau hingga ke suhu 70º C atau kelihatan mula naik wapnya. Matikan api.

3. Panaskan pula semua bahan dalam Periuk A, sambil dikacau hingga ke suhu 70º C atau sehingga menjadi minyak yang jernih. Kecilkan api.

4. Tuang Bahan C (No.1) ke dalam adunan di Periuk A (No. 3) dan dikacau.

5. Tuangkan separuh adunan dari Periuk B (No. 2) ke dalam adunan di Periuk A dan dikacau dengan laju atau menggunakan pemutar mixer sehingga adunan menjadi putih dan likat.

6. Untuk menguji tahap kepekatan produk yang dihasilkan, ambil adunan sebanyak 1 sudu teh dan tuang ke dalam piring lalu dikacau dengan cepat menggunakan sudu supaya ia sejuk dan pekat. Jika terlalu keras atau pejal, tuang lagi adunan dari Periuk B ke dalam adunan di dalam Periuk A dan terus dikacau laju, sehingga adunan menjadi putih dan likat. (Uji semula adunan sehingga tahap kepejalan krim yang dikehendaki). Jika adunan yang diuji terlalu cair, kacau terus adunan supaya kandungan airnya keluar melalui wap dalam masa yang agak lama, dan terus diuji adunan sehingga mencapai ke tahap kepejalan krim yang dikehendaki.

7. Tuangkan adunan yang sudah likat ke dalam teko stainless steel untuk dituangkan adunan ke dalam bekas-bekasnya dan biarkan ia sejuk sendiri dan menjadi Krim.

Nota:

Bahan:
1. Paraffin Oil dikenali juga sebagai White Oil atau dipanggil Mineral Oil jenis pekat. Ia boleh diganti dengan Olive Oil (Minyak Zaiton), Minyak Kelapa Sawit atau Minyak Kelapa, malahan Minyak Kelapa Dara; Minyak Ikan Haruan, Minyak ikan Belut, Minyak Gamat, Minyak Kambing Gurun, Minyak Arnab atau apa-apa Minyak yang dikatakan mengandungi khasiat tertentu jika anda ada. Gambungan minyak-minyak ini juga boleh.
2. Methyl Salicylate adalah bahan yang digunakan supaya Krim ini apabila digunakan terasa panas atau pijar. Jika inginkan Krim ini sebagai produk yang lebih kepanasannya, lebihkan penggunaannya, jika inginkan produk kurang kepanasannya, kurangkanlah amaun penggunaannya. Kepanasan Methyl Salicylate ini boleh dipertingkatkan lagi jika ia dimasukkan lagi serbuk Salicylic Acid powder mengikut keperluan sendiri. Fungsi bahan ini juga adalah sebagai agen menghilangkan rasa gatal-gatal dan juga pembunuh kuman seperti pada kurap, panau dan juga gatal-gatal di celah jari kaki.
3. Menthol Crystals adalah bahan yang digunakan supaya Krim ini apabila digunakan ia terasa kesan sejuk dan berangin. Jika inginkan Krim lebih terasa kesejukan dan beranginnya, lebihkanlah penggunaan bahan ini di dalam adunan.
4. Eucaplytus Oil adalah juga dikenali sebagai Minyak Kayu Putih yang mempunyai keharumannya yang tersendiri, jika ingi menghasilkan Krim berbau Minyak Kayu Putih, lebihkanlah amaunnya didalam adunan dan jangan ditambah dengan lain-lain jenis minyak yang mempunyai keharuman yang lain, seperti Pappermint Oil (Minyak Pudina), Citronella Oil (Minyak Serai Wangi), Clove Oil (Minyak Cengkih), Clove Oil (Minyak Buah Pala), Lavender Oil dan lain-lain. Tetapi jika ingin krim mempunyai keharuman khusus iaitu satu haruman saja, gunakanlah hanya satu jenis saja Minyak itu.
5. Camphor adalah kapur barus. Ia tidak boleh digunakan melebihi 10% kerana menyalahi undang-undang.
6. GMS (Glyceryl Monostreate) ialah bahan pemekat Krim. jika dikurangkan amaunnya, produk akan menjadi losyen. Ini bererti jika anda ingin membuat produk ini sebagai jenis losyen (bukan krim), kurangkanlah penggunaan GMS dalam formula anda.
7. Prophyl paraben ialah preservatif untuk bahagian minyak yang digunakan supaya produk tidak berbau tengik.
8. Methyl paraben ialah preservatif untuk bahagian air yang digunakan supaya produk tidak berkulat dan busuk dan rosak.

P/s Produk ini juga jika dilebihkan penggunaan Methyl Salicylate dan Menthol Crystals, ia juga boleh digunakan bagi melegakan kerana gatal digigit oleh nyamuk, serangga dan gatal-gatal lainnya. Ia juga boleh disapu untuk melegakan sakit kepala apabila Menthol Crystal dilebihkan.

 

Posted at 11:42 pm by dakkapilah
Comments (6)  

politik melayu dr rampa

*POLITIK DAN SIASAH:
(UMAT ISLAM TIDAK USAH BERPOLITIK DAN BERPOLITIKING SESAMA UMAT ISLAM)
Oleh RAMPA.

DALAM Islam tidak sepatutnya diguna pakai pun istilah POLITIK dan konsep POLITIK dan POLITIKING. Menurut Reader’s Digest Universal Dictionary (1988), Politicking ialah “involving in politics, especially for one’s persoanal advantage.”, ms. 1195.

Dalam Islam sepatutnya yang ada yang boleh diguna pakai oleh umat Islam hanya SIASAH, iaitu SIASAH AL-SYARIYYAH. Gunakanlah wadah dan wahana SIASAH ini! Umat Islam seluruh dunia hari ini lebih kenal istilah dan konsep POLITIK drpd. mengenali istilah dan konsep SIASAH yang terdapat dalam ajaran Islam itu sendiri. Sesungguhnya POLITIK adalah tajaan Syaitan untuk mereka yang sudah berpaut kepada nilai-nilai sekularisme menggunakannya, sedangkan SIASAH adalah Sunah untuk umat Islam yang berpaut kepada Welstanschaaung Tawheedik menggunakannya.

POLITIK adalah untuk orang bukan beragama Islam, tetapi SIASAH adalah hanya untuk umat Islam. Umat Islam yang menerima-pakai dan menggunakan pendekatan POLITIK, pasti akan kecundang dalam perjuangan. Allah SWT. tidak akan memihak dan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang berjuang menggunakan wadah dan wahana POLITIK kerana umat Islam itu beragama ISLAM. Ini terbukti sudah lebih 500 tahun umat Islam berjuang, tetapi umat Islam terus menerus kecundang; dan dapat terus-menerus diperbodoh dan dikalahkan oleh kaum kufar.

Untuk umat Islam mencapai kemenangan supaya dapat kembali menjadi khalifah di muka bumi ini, tiada jalan lain, melainkan hanya mesti kembali mengguna-pakai wadah dan wahana SIASAH. Selama mana lagi umat Islam masih enggan menggunakan wadah dan wahana SIASAH dalam perjuanagan, selama itulah perjuangan umat Islam akan terus menjadi lagha, iaitu sia-sia.

ADA 5 atribut utama yang membezakan antara POLITIK dengan SIASAH, iaitu:

Peretama: Istilah POLITIK adalah cipataan dan yang digagaskan dari ajaran sekularisme yang dicetuskan di Barat dan ia menjadi elemen penting dalam Budaya Barat. Sekularisme itu sendiri wujud adalah cetusan ilham daripada saranan oleh Syaitan (Q:22:52) untuk manusia guna-pakai, maka dengan sebab itulah POLITIK adalah penuh dengan perancangan bagi melaksanakan acara-acara dan tindakan-tindakan yang memenuhi kehendak Iblis dan Syaitan. Sedangkan istilah SIASAH, ia adalah istilah yang wujud dalam Ad-diin Islamiah (Q:3:19) yang terkandung di dalamnya gagasan-gagasan untuk acara-acara dan tindakan-tindakan bagi menentang golongan manusia yang sudah dipengaruhi oleh Iblis dan Syaitan dalam mengurus dan mentadbirkan Dunia, Negara dan Negeri.

Kedua: Landasan atau wahana yang digunakan dalam POLITIK ialah “Matalamat menghalalkan cara”. Tetapi landasan bagi SIASAH adalah “Siasah al-Syariyyah ” yang berpaksikan kepada apa yang terangkum maksudnya di dalam IFTITAH, iaitu “Sesungguhnya Sholatku, Hidupku, dan matiku adalah KERANA ALLAH Tuhan sekalian alam.” [Q:6:162]; yang kita umat Islam sering ikrarkan setiap kali kita mendirikan Sholat. Di sini juga POLITIK dan orang yang berPOLITIK serta berPOLITIKING tidak akan mempedulikan prinsip yang terkandung dalam maksud Ayat Al-Qur’an [Q:17:38]; sedangkan SIASAH, Ayat ini adalah dijadikan prinsip yang dipegang kukuh serta dijadikan panduan tanpa kompromi. Justeru kita umat Islam perlulah fahami perbedaan antara dunia POLITIK dan dunia SIASAH.

Ketiga: POLITIK adalah mengguna-pakai PENGETAHUAN, sedangkan SIASAH menggunakan hanya ILMU. Sesungguhnya PENGETAHUAN adalah daripada Iblis dan Syaitan; sedangkan ILMU adalah daripada Allah SWT. Bagi POLITIK pendidikan untuk rakyat Islam tidak mengutamakan aspek supaya mempelajari dan menggunakan “ta’qiluun” [ “We have sent it down as an Arabic Qur’an, in order that ye may learn wisdom” [Q: 12: 2] -- ‘Abdullah Yusuf ‘Ali, “The Meaning of THE HOLY QUR’AN”, Amna Corporation, Brentwood, Maryland, U.S.A., 1996, p. 546.].

Di sebaliknya bagi SIASAH rakyat memperolehi dan menggunakan “ta’qiluun” supaya berILMU menguasai bahasa Allah SWT. terus dari Al-Qur’an itu sendiri (tanpa lagi melalui bahasa terjemahan) iaitu supaya dapat mengoperasionalisasikan pendidikan rakyat Islam dengan tidak mengenepikan ayat bahasa Arab Alqur’an [Q:12:2] supaya rakyat Islam menggunakan “ta’qiluun” dengan memahami Al-Qur’an terus iaitu direct drpd. Bahasa Allah SWT. itu, dan bukan memahaminya melalui bahasa terjemahan. Justeru kita umat Melayu Islam perlulah memahami perbedaan antara ILMU dengan PENGETAHUAN.
http://www.umno-reform.com/nov03/rampa1.htm

Keempat: POLITIK adalah untuk melaksanakan ajaran sekularisme dan menggunakan ajaran mengikut kaedah Machiavellisme, sedangkan SIASAH adalah untuk melaksanakan ajaran Islam sebagai Ad-diin [Q:3:19] berpandukan kepada Welstanchauung Tawhidik (Al-Qur’an dan Sunah).

Kelima: POLITIK sebagaimana ajaran Machiavellisme, ia membenarkan pelaksanaan “Pecah-belah dan Perintah”, melalui propaganda atau dakyah serta fitnah-memfitnah sebagai cara bagi pihak yang erkuasa selaku pemerintah untuk mengekalkan kuasa memerintah atas nama Demokrasi palsu; sedangkan SIASAH mengharamkan pelaksanaan tersebut kerana ajaran Islam menegaskan bahawa umat Islam semuanya adalah bersaudara [Q:21:92 dan Q:23:52]; dan berlandaskan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “TIDAK BERIMAN SEORANG MU’MIN ITU SEHINGGA IA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA IA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI” dan “ANTARA MU’MIN DENGAN MU’MIN ITU ADALAH BERSAUDARA BAGAIKAN SATU TUBUH….” [Hadis-Hadis Sahih Bukhari & Muslim]. Adakah mereka yang menggunakan wadah dan wahana POLITIK; dan ahli-ahli POLITIK itu menerima-pakai maksud kedua-dua Al-Hadis ini? Sudah tentu tidak!

Dalam sistem POLITIK di Malaysia, umat Melayu (oleh kerana umat Melayu beragama Islam) jika diteruskan menggunakan POLITIK dan berpolitiking sebagai wadah dan wahana perjuangan, maka sampai bila-bila pun umat Melayu tidak akan dapat disatukan, kerana POLITIK mengenepikan sama sekali Q:17:38; Q:23:52 dan Q:29:92, serta tidak patuh kepada apa-apa yang dituntut oleh maksud dua Al-Hadis tersebut tadi. Malahan POLITIK wadah dan wahana yang menjana kebencian [Politik adalah pergerakan yang berasaskan kebencian, iaitu “Politics as a practice, whatever its profession; has always been the systematic organisation of hatered” [Hendry Adams (1838 – 1918)]; sedangkan SIASAH wadah dan wahana yang menjana kasih-sayang kerana umat Islam adalah bersaudara. Dan paling bahaya ialah POLITIK mengenepikan sama sekali prinsip yang terkandung di dalam Q:17:38. Bahayanya bukan saja kepada mana-mana parti politik tertentu saja, bahkan juga meliputi semua rakyat dan negara sekali gus; di mana akibatnya di Sisi Allah SWT. rakyat dan negara diktegorikan sebagai jahat dan Dibenci oleh Allah SWT. Sendiri!

Bagi umat Islam, ingatlah bahawa SELAGI UMAT ISLAM BERPOLITIK DAN BERPOLITIKING SESAMA UMAT ISLAM, SELAMA ITULAH UMAT ISLAM TIDAK AKAN DAPAT BERSATU. Justeru, seluruh umat Islam di bumi Allah SWT. ini mestilah mengreformasikan minda dan pelaksanaannya, iaitu kembali kepada SIASAH, jangan gunakan pun istilah POLITIK; dan hendaklah kembali mendirikan SHOLAT [Fungsi sholat yang khusuk dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran (Q:Angkabut: 45)]; dan dengan itu jangan gunakan istilah SEMBAHYANG (bagi umat Melayu); dan hendaklah kembali kepada berILMU, jangan hanya berPENGETAHUAN semata-mata, jika umat Islam ingin kembali dapat menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.

Umat Islam sejak kejatuhan umat Islam lebih 500 tahun yang lalu, hingga kini telah mengenepikan SIASAH dan menggantikannya dengan POLITIK; maka dengan sebab itulah telah menjadikan umat Islam tidak mematuhi Perintah-perintah Allah; tiadanya menggunakan ta’qiluun dan akibatnya umat Islam sendiri di sisi Allah SWT adalah JAHAT, iaitu kejahatan yang menjadi kebencian oleh Allah SWT [“Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu”. [Al-Israa’:38] - Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Maka kezaliman demi kezaliman menimpa umat Islam sendiri dari semua sudut kehidupan, dengan tiadanya mendapat Pertolongan Drpd. Allah SWT. kerana Allah SWT. Sendiri Membenci umat Islam akibat umat Islam tidak mematuhi Perintah-perintah Allah SWT. [Q:17:38], dan umat Islam sendirilah yang menzalimi diri sendiri [Q:4:40] akibat POLITIK dan berPOLITIKING sesama umat Islam; yang menjadi punca makanya kezaliman-kezaliman bertali-arus datang drpd. kaum kufar, dan juga drpd umat Islam sendiri yang sudah sekularistis, iaitu golongan yang menegenepikan ayat Al-Qur’an, iaitu Q:6:162 di dalam kehidupan. Hal ini juga menimpa umat Melayu.

*© 1990 RAMPA. [Dipetik dari koleksi Pemikiran RAMPA] – Diedit 14 April 2008.

Posted at 11:37 pm by dakkapilah
Comment (1)  

Next Page
   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed